PENGISIAN ONLINE BRIM 2017

Aktiviti Terkini | 09 Disember 2016

Tujuan program ini di adakan adalah untuk memberi kemudahan kepada penduduk kampung terutama golongan orang tua untuk mengisi permohonan BRIM 2017 secara atas talian memandangkan ada yang kurang memahami serta tidak pernah memohon bantuan secara atas talian. Melalui program ini ia dapat merapatkan lagi hubungan antara penduduk setempat dengan Pusat Internet 1 Malaysia. Ia juga menjadikan Pusat Internet sebagai satu pusat komuniti dalam membantu golongan luar bandar mencapai kemudahan internet tanpa batas serta dapat mengurangkan jurang antara bandar dan luar bandar.

Kelebihan Aktiviti :
1. Dapat membantu golongan tua terutama untuk menggunakan kemudahan internet.
2. Dapat mengeratkan lagi hubungan antara penduduk setempat dengan Pusat Internet 1 Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan



Kembali Ke Halaman Utama