Pertandingan Mencipta Kad Raya

Aktiviti Terkini | 14 Mei 2016

Pada 18 Jun 2016 telah berlangsung Pertandingan Mencipta Kad Raya sempena ketibaan hari lebaran tidak lama lagi. Pertandingan tersebut bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. Pertandingan mendapat sambutan dari ahli PI1M sendiri.
Pertandingan ini dapat melahirkan ahli PI1M yang kreatif dalam mencipta kad raya menggunakan Microsoft Office Word. Kad yang dihasilkan amat memuaskan kerana hasil mereka menghadiri kelas-kelas latihan ICT yang diadakan sebelum ini.



Kembali Ke Halaman Utama