Sambutan Kemerdekaan PI1M Pasir Gajah

Aktiviti Terkini | 27 Ogos 2016

Sambutan Kemerdekaan pada peringkat PI1M Pasir Gajah telah diadakan pada 27 Ogos 2016. Pada sebelah pagi telah diadakan sedikit penerangan mengenai kemerdekaan yang ditelah disambut di tanah air kepada ahli PI1M dan juga bukan ahli PI1M. Kemudian diadakan pertandingan mewarna sempena Sambutan Kemerdekaan yang ke-59. Pada sebelah petang pula diadakan majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan mewarna dan diadakan sedikit jamuan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Aktiviti ini adalah bertujuan Untuk menarik minat kanak-kanak untuk hadir ke PI1M. Selain itu adalah untuk menanamkan sifat cinta dan sayang pada tanah air dan juga dapat mengeratkan lagi hubungan ahli serta bukan ahli PI1M dan mengisi waktu cuti dengan pengisian yang berfaedah.



Kembali Ke Halaman Utama