OPEN DAY PI1M PASIR GAJAH

Aktiviti Terkini | 14 Mei 2016

Pada 14 Mei 2016 yang lalu telah berlangsung Hari Terbuka (Open Day) Pusat Internet 1 Malaysia Pasir Gajah. Program yang bermula pada jam 9.00 pagi sehinggan jam 6.00 petang itu, berlangsung di hadapan PI1M dan perkarangan Astaka Kg Pasir Gajah.

Pelbagai aktiviti dijalankan pada hari tersebut termasuk program World Turtle Day dan Program Anak Angkat dari UPM. Tedapat pameran Tuntung dan pemeriksaan kesihatan percuma serta program derma darah daripada pihak Kesihatan Daerah Kemaman.

Aktiviti lain turut diadakan seperti sukaneka rakyat yang terbuka kepada semua pengunjung seperti isi air dalam botol, bawa bola ping pong, golek tayar, lari dalam kain batik, sambut kasih, jalinan kasih, tiup belon, baling nyior, pijak belon dan cucuk benang dalam jarum. Bagi aktiviti di dalam PI1M pula dijalanakn ceramah CyberSafe berserta kuiz, Puzzle Online, Fast Typing, Online colouring dan mencari objek tersembunyi.

Semua aktiviti ini mendapat sambutan daripada para pengunjung. Semoga program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang sebagai tanda menghargai para komuniti sekitar yang tidak jemu memberi sokongan kepada PI1M.



kembali ke halaman utama