Karnival Tuntung 2016

Aktiviti Terkini | 23-25 September 2016

Karnival Tuntung 2016 telah diadakan di Kg Pasir Gajah selama tiga hari iaitu bermula 23 hingga 25 September 2016. Aktiviti semasa karnival tersebut, antaranya ialah melepaskan tuntung ke sungai 'survive' dan berharap akan kembali semula ke Sg Pasir Gajah untuk bertelur bagi memastikan tuntung khazanah warisan negara tidak pupus dan terus terpelihara. Selain itu, pameran-pameran daripada pihak kesihatan, dan juga usahawan-usahawan di Kg Pasir Gajah serta sukaneka turut diadakan.

Aktiviti ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada ahli dan bukan ahli PI1M tentang pentingnya menjaga khazanah warisan Negara yang kian pupus agar terpelihara sepertin tuntung ini. Selain itu, dapat menambah ilmu kepada ahli PI1M dan komuniti setempat.



Kembali Ke Halaman Utama