PROGRAM PENGISIAN ONLINE DANA RAYA 2017, PENDAFATRAN PRA SEKOLAH DAN PENDAFTARAN KEMASUKAN TAHUN 1 BAGI SESI 2018/2019

Aktiviti terkini | 09 April 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Pasir Gajah

Tujuan :
Tujuan program ini di adakan adalah untuk memberi kemudahan kepada penduduk kampung terutama golongan orang tua untuk mengisi permohonan DANA RAYA 2017, Pendaftaran bagi kemasukan PRA Sekolah dan Kemasukan Tahun 1, secara atas talian memandangkan ada yang kurang memahami serta tidak pernah memohon bantuan secara atas talian. Melalui program ini ia dapat merapatkan lagi hubungan antara penduduk setempat dengan Pusat Internet 1 Malaysia. Ia juga menjadikan Pusat Internet sebagai satu pusat komuniti dalam membantu golongan luar bandar mencapai kemudahan internet tanpa batas serta dapat mengurangkan jurang antara bandar dan luar bandar.

Kebaikan / kelebihan :
• Dapat membantu golongan tua terutama untuk menggunakan kemudahan internet.
• Dapat mengeratkan lagi hubungan antara penduduk setempat dengan Pusat Internet 1 Malaysia.
• Dapat memperkenalkan dan mempromosikan kemudahan yang disediakan di pusat internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :