MENCIPTA KAD HARI GURU

Aktiviti terkini | 13 Mei 2017 Pusat Internet 1Malaysia Pasir Gajah

Tujuan :

Tujuan program ini di adakan adalah untuk memperingati tanggal 16 Mei iaitu Hari Guru. Dengan ini dapat memberi peluang kepada peserta untuk membalas jasa guru. Contohnya seperti kad ucapan terima kasih untuk guru untuk merakamkan setinggi-tinggi perhargaan kepada guru yang banyak mendidik kita menjadi modal insan yang berguna. Tindakan ini bukan sahaja akan mendidik murid menjadi seorang yang mengenang budi, malah juga memberi ganjaran untuk guru yang dihormati dan disayangi murid.

Objektif :
• Dapat mengeratkan lagi hubungan antara ahli dan bukan ahli Pusat Internet 1 Malaysia.
• Dapat menguji peserta untuk kreatif dalam penghasilan kad untuk guru.
• Dapat mendidik peserta untuk lebih menghargai jasa seorang guru yang telah banyak mengajar, mendidik tanpa kenal erti penat lelah mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :