PROGRAM KLUSTER : HARI BERSAMA KOMUNITI DAN 4U2C BERSAMA PELAJAR AUTISME

Aktiviti terkini | 25 April 2018

Tempat Aktiviti:
Perpustakaan Awam Daerah Kemaman

Tujuan Aktiviti :
Hari besama komuniti bertujuan untuk mengeratkan hubungan dengan komuniti setempat dan 4U2C bersama pelajar Autisme adalah satu program cergas dan cerdas yang dirancang oleh Unit Pendidikan Khas dan Swasta Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman, Terengganu untuk semua murid-murid pendidikan khas sekolah rendah dan menengah serta murid pemulihan di daerah tersebut. Tujuan program ini adalah untuk menjalinkan hubungan yang erat sesama warga pendidikan khas.

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat memperkenalkan dan mempromosikan kemudahan yang disediakan di PI1M
• Dapat menjalinkan hubungan yang erat sesama warga pendidikan khas
• Dapat mengeratkan hubungan bersama komuniti setempat