PROGRAM SAMBUTAN HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA

Aktiviti terkini | 23 April 2019

Tempat Aktiviti:
Perpustakaan Awam Daerah Kemaman

Tujuan :
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mendidik dan meningkatkan minat membaca dikalangan pelajar sekolah dan komuniti yang terlibat mengenai Sambutan Hari Buku Sedunia dan Hak Cipta. Ianya adalah resolusi daripada persidangan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 15 Nov 1995 yang mengisytiharkan 23 April sebagai Hari Buku. Program ini dapat memberi manfaat dan pendedahan kepada para pelajar kerana pelbagai aktiviti diatur untuk memupuk tabiat suka membaca di kalangan masayarakat.

Kelebihan Aktiviti :
• Program kolaborasi bersama Perpustakaan Daerah Kemaman.
• Meningkatkan minat membaca dikalangan komuniti.
• Memberi maklumat kepada komuniti dan pelajar berkaitan Hari Buku Sedunia.
• Mempromosikan Pusat Internet kepada semua komuniti di daerah Kemaman.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :