Program Kluster Februari – Kelas Usahawan (Cheese Tart & Fruit Tart)

Aktiviti terkini | 09 Februari 2019

Tempat Aktiviti:
Balairaya Felda Kerteh 5

Tujuan :
Kursus ini ditawarkan dengan tujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang pembuatan aneka tat kepada golongan yang berminat, terutama kepada golongan wanita yang minat untuk mendalami ilmu rumahtangga. Ia juga diharapkan agar dapat menjadi sumber pendapatan sampingan kepada golongan ini.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan dan kemahiran teori serta amali mengenai cara pembuatan tat yang betol dengan jelas.
• Mengeratkan hubungan silaturahim antara petugas Pusat Internet dengan komuniti melalui program ilmiah yang diadakan di Pusat Internet.
• Mempromosikan aktiviti dan perkhidmatan yang terdapat di Pusat Internet kepada komuniti.
• Merupakan satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Pusat Internet Kemaman bagi kepada komuniti sekitar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :