PROGRAM KESEDARAN KITAR SEMULA E-SISA

Aktiviti terkini |4 Jun 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Kerteh 5

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini diadakan di PEDi Felda Kerteh 5 pada 4 Jun 2022 bersamaan hari Sabtu tepat jam 9.00 pagi sehingga 3.00 petang.
• Program ini dianjurkan oleh PEDi Kluster Kemaman dan kerjasama daripada Majlis Perbandaran Kemaman dan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kemasek.
• Dihadiri oleh petugas-petugas PEDi Kluster Kemaman dan Komuniti Ketengah Jaya.
• Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam akan tanggungjawab terhadap kepentingan dalam pengendalian e-sisa dari isi rumah serta memastikan e-sisa yang dikumpul dan dikitar semula dengan lebih sistematik dan selamat.


Tujuan :
• Menjadikan PEDi sebagai sumber informasi kepada penduduk setempat.
• Mempelbagaikan aktiviti anjuran PEDi dan SKMM amnya.
• Mempromosi perkhidmatan yang disediakan di PEDi.
• Mengeratkan hubungan silaturrahim dengan masyarakat setempat
• Menyediakan platform kepada komuniti untuk meningkatkan taraf sosial dan ekonomi masyarakat setempat.
• Mendidik dan memberi kesedaran berkenaan isu-isu e-sisa di Malaysia


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Booth Pameran
• Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Tabika
• Pembelian Bahan E-Sisa oleh MPK
• Taklimat Kesedaran E-Sisa
• Jualan Usahawan PEDi dan Barangan ICT

Kelebihan Aktiviti :
• Menjalinkan kerjasama di antara petugas PEDi Kluster Kemaman dengan Majlis Perbandaran Kemaman dan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kemasek.
• E-sisa yang berada dirumah dapat dikitar dengan cara yang selamat dan ditempat yang betul.
• Dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
• Penduduk dapat menukar barang e-sisa kepada duit
• Penduduk dapat mengunjungi booth pameran yang disediakan.
• Kanak-kanak juga dapat mengeratkan silaturahim diantara staff PEDi dan rakan-rakan Tabika.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.