PROGRAM KLUSTER : MINI KARNIVAL JUALAN AMAL PRELOVED MEMBELI SAMBIL MENDERMA

Aktiviti terkini |13-14 Januari 2023

Tempat Aktiviti:
Masjid Kampung Bukit Anak Dara, Kijal, Kemaman, Terengganu

Ringkasan Aktiviti :
• Sehelai plastik jualan berharga RM2.00
• Dua orang petugas akan berada di ruang masuk untuk kutip bayaran per plastik
• Petugas ditugaskan untuk melipat dan menyusun atur barangan dengan rapi
• Pembeli akan masuk dan keluar melalui jalan yang sama supaya tidak berlaku kekeliruan
• Pakaian akan disangkut pada rak dan juga di atas meja
• Aksesori lain susun di atas rak
• Meja akan di tampal dengan tape untuk bahagikan mengikut kategori barang


Tujuan :
• Membantu dan meringankan beban mangsa bencana alam yang sangat memerlukan bantuan keperluan asas dan sokongan moral daripada anggota masyarakat.
• Hasil jualan akan disalurkan kepada mangsa bencana melalui Tabung Bantuan Kmanusiaan Masjid Kampung Bukit Anak Dara.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
Antara intipati kelas :
• Pemeriksaan Mata Percuma dari Ar Rayyan Optometry
• Jualan barangan elektrik & elektronik KITAR MCMC & Pusat e-waste Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) Majlis Perbandaran Kemaman (MPK)
• Aman Palestin Kemaman
• Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Kijal
• Prudential Insurance Malaysia cawangan Kemaman
• Lembaga Tabung Haji Kemaman
• Perpustakaan Desa Teluk Kalong
• Advanced Technology Training Center (ADTEC) Kemaman
• AmBank Malaysia cawangan Kemaman
• Pertubuhan Cakna Anak Yatim Kemaman

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada warga komuniti tentang kesusahan yang dihadapi oleh mangsa bencana.
• Memberi peluang kepada warga komuniti untuk memberi sumbangan terhadap golongan yang memerlukan.
• Membimbing dan memberi kesedaran kepada komuniti tentang peranan mereka dalam membantu masyarakat.
• Menyediakan platform kepada masyarakat untuk membuat sumbangan melalui pembelian untuk diberikan sumbangan kepada mangsa bencana.
• Melatih usahawan industri kecil dan sederhana untuk menjadi perintis usahawan digital dalam mentransformasikan perniagaan sedia ada ke arah inovasi terkini.
• Memperkenalkan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dan mempromosikan aktiviti yang diadakan oleh PEDi.
• Menyambut baik program anjuran bersama agensi serta mengeratkan silaturrahim yang baik.

Nama VIP :
• En.Shamsul (KITAR MCMC)

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.