PROGRAM JANGKAUAN SENI BUDAYA TINGGI (BNT) BERSAMA KOMUNITI ORANG ASLI

Aktiviti terkini | 15 Julai 2023

Tempat Aktiviti:
Kampung Orang Asli,Sungai Pergam Jabor,24000 Kemaman Terengganu.

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi yang terlibat dengan program ini adalah PEDi Pasir Gajah,Pedi Felda Cerul dan Pedi Kampung Geliga.
• Program ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Yusri bin Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC.
• Beliau turut menyampaikan sumbangan mesin rumput bagi kegunaan penduduk setempat bagi memastikan kebersihan kawasan persekitaran Dewan Orang Ramai dan sumbangan buku ke Rumah Adat untuk dijadikan mini perpustakaan.
• Program ini mendapat sokongan masyarakat setempat, agensi persekutuan dan negeri serta semua agensi dibawah MOTAC.
• Pelbagai pengisian telah dilaksanakan termasuklah aktiviti sukan rakyat, pertandingan tarik tali, congkak, mencungkil bakat anak-anak orang Asli seperti pertandingan karaoke, persembahan kesenian, jualan dan demonstrasi kraf, menyusun perkataan dan gambar, pemeriksaan kesihatan, gotong-royong, cabutan bertuah serta khidmat masyarakat.


Tujuan :
• Program seperti ini akan membantu masyarakat tanpa mengira latar belakang untuk sama-sama menghayati dan memahami Dasar Kebudayaan Negara.
• Pada masa sama, seluruh masyarakat diharapkan dapat menghayati Budaya Nilai Tinggi sebagai acuan budaya kehidupan sekaligus menterjemahkannya dalam konteks keharmonian masyarakat berbilang kaum.



Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Aplikasi menggunakan tablet (Puzzle,Word Search & Robotic)
• Menara Ping-Pong (Susun Bola ping-pong menjadi menara)
• e-waste
• Dam Ular
• KDB(Silang Kata & Perkataan Sembunyi)
• Tik Tok,Shopee Clinic ( Perkongsian mengenai aplikasi kepada usahawan)


Kelebihan Aktiviti :
• Mempromosi perkhidmatan yang disediakan di PEDi.
• Mengeratkan silaturrahim PEDi dengan komuniti penduduk Kampung orang asli Sungai Pergam.

Nama VIP :
• 1)Encik Mohd Yusri bin Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC
• 2.YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) MOTAC,
• 3)YBrs. Dr. Tan Awang Besar, Setiausaha Bahagian Kanan Dasar Kebudayaan MOTAC dan Pengurusan Tertinggi MOTAC.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.