Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Pasir Gajah ini mendapat nama dari penemuan sekumpulan gajah yang sering bermain di pasir sungai. Melihat kepada situasi itu, maka kampong ini dipanggil Kampung Pasir Gajah iaitu gabungan suatu benda halus dan binatang yang paling besar.

Dari lagenda penduduk setempat, kampung ini mula dibuka pada tahun 1921 oleh seorang yang berturunan Jambi, Sumatera, Indonesia iaitu YM Engku Haji Mahmud bin Engku Abu Bakar bersama pengikut-pengikutnya.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PROGRAM KLUSTER : PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA PELAJAR INSTITUT KEMAHIRAN BELIA DAN NEGARA (IKBN KEMASIK)

Aktiviti Terkini | 9 Disember 2020

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet....baca selanjutnya

PROGRAM : PERTANDINGAN PUZZLE ONLINE

Aktiviti Terkini | 28 November 2020

Tujuan program ini di adakan adalah untuk menggeratkan lagi hubungan silaturrahim antara ahli Pusat Internet....baca selanjutnya

KEMPEN JOM DERMA DARAH BERTEMPAT DI PUSAT INTERNET BUKIT KUANG BERSAMA DENGAN KERJASAMA MPKK DAN UNIT TRANSFUSI DARAH HOSPITAL KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 17 Oktober 2020

Program ini diadakan bagi memberi pendedahan tentang kepentingan derma darah kepada masyarakat iaitu 1 beg darah mampu menyelamatkan 3 nyawa...baca selanjutnya

KARNIVAL SUKAN SEMPENA HARI MALAYSIA PUSAT INTERNET BERSAMA MPKK

Aktiviti Terkini | 19 September 2020

Program Karnival Sukan Sempena Hari Malaysia diadakan pada 19 September 2020 yang di anjurkan oleh Pusat Internet Kluster Kemaman kerjasama MPKK Kg Gong Chengal.....baca selanjutnya

BENGKEL MALAYSIA ICT VOLUNTEER (MIV) BERSAMA MKOMUNITI 2020

Aktiviti Terkini | 5 September 2020

Bengkel MIV bersama komuniti 2020 secara online seluruh Malaysia disampaikan oleh pihak MCMC, Cyeberjaya....baca selanjutnya

MENCARI PERKATAAN TERSEMBUNYI

Aktiviti Terkini | 17 Julai 2020

Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan sesama ahli pusat internet selain boleh mendidik dan juga merangsang kemampuan serta daya saing sesama peserta....baca selanjutnya

PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020

Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4

Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020....baca selanjutnya

JELAJAH ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK & E-SISA 2020

Aktiviti Terkini | 18 Februari 2020

Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)...baca selanjutnya

MAJLIS BACAAN YASIN & TAZKIRAH SEMPENA TAHUN BARU 2020

Aktiviti Terkini | 24 Januari 2020

Majlis dimulakan dengan kehadiran para tetamu Jemputan dan VIP. Bacaan doa dibaca oleh Ustaz Abdul Malik dan seterusnya ucapan perasmian oleh Pengerusi MPKK Padang Kubu. Sesi tazkirah dan motivasi disampaikan oleh Penceramah Ustaz Abdul Malik dan bacaan Yasin. Selesai program para tetamu dijemput untuk makan tengahari dan bersurai....baca selanjutnya

PROGRAM KECANTIKAN BERSAMA MARY KAY

Aktiviti Terkini | 11 Januari 2020

Program ini memberi pendedahan ilmu tentang kepentingan penjagaan wajah cara Mary Kay, mempelajari teknik penjagaan serta solekan asas wajah di samping dapat Memperkenalkan Pi sebagai ‘Multi Function’ iaitu tidak terhad kepada perkhidmatan asas yang disediakan....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti