Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Pasir Gajah ini mendapat nama dari penemuan sekumpulan gajah yang sering bermain di pasir sungai. Melihat kepada situasi itu, maka kampong ini dipanggil Kampung Pasir Gajah iaitu gabungan suatu benda halus dan binatang yang paling besar.

Dari lagenda penduduk setempat, kampung ini mula dibuka pada tahun 1921 oleh seorang yang berturunan Jambi, Sumatera, Indonesia iaitu YM Engku Haji Mahmud bin Engku Abu Bakar bersama pengikut-pengikutnya.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PROGRAM KLUSTER : KELAS ASAS BERNIAGA DI SHOPEE DAN ASAS MARKETING SHOPEE

Aktiviti Terkini | 16-17 Disember 2022

Shopee ini adalah platform e-dagang di mana transaksi jual beli berlaku secara atas talian.Senang cakap shopee ini macam pasaraya besar (marketplace) yang menjual pelbagai produk/service secara atas talian (online) dan aktiviti jual beli berlaku 24jan 7hari seminggu....baca selanjutnya

SANTAI ANAK MUDA : KKM BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 12 November 2022

Program Santai Anak Muda : KKM Bersama Komuniti ini merupakan program yang dapat memperkenalkan PEDi dikalangan komuniti setempat serta memperkenalkan fungsi dan peranan PEDi. Selian itu juga dapat mengeratkan silaturahim PEDi dengan komuniti. Pihak PEDI dapat menyampaikan taklimat berkenaan Klik dengan Bijak agar menjadi pengguna internet dengan berhemah....baca selanjutnya

PROGRAM KLUSTER : PROGRAM KARNIVAL KOMUNITI CERIA

Aktiviti Terkini | 22 Oktober 2022

Program Memperkasa Usahawan PEDi Kluster Kemaman...baca selanjutnya

EXPLORACE KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 24 September 2022

Program ini diadakan di Perpustakaan Desa Teluk Kalong pada 24 September 2022 bersamaan hari Sabtu tepat jam 8.30 pagi sehingga 2.30 petang. Program ini dianjurkan oleh PEDi Kluster Kemaman dihadiri oleh petugas-petugas PEDi, usahawan setempat dan komuniti setempat serta kerjasama perpustakaan desa Teluk Kalong . Program ini diadakan bertujuan untuk menjalinkan Kerjasama antara PEDi dan rakan strategik yang lain...baca selanjutnya

PROGRAM KLUSTER: TRASH TO CASH (KEMPEN KESEDARAN KITAR SEMULA E-WASTE)

Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2022

Pembelian barang e-waste oleh MPK...baca selanjutnya

KEMPEN 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG SEMPENA PELANCARAN PROGRAM SEMARAK UNITI KELUARGA MALAYSIA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2022 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 4 Ogos 2022

Kempen 1 rumah 1 jalur gemilang sempena pelancaran program semarak uniti keluarga malaysia sambutan bulan kebangsaan 2022 peringkat Negeri Terengganu telah di rasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Hanafiah bin Mat,Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan,Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu....baca selanjutnya

KELAS ASAS FOTOGRAFI MENGGUNAKAN SMART PHONE

Aktiviti Terkini | 22 Julai 2022

Program ini diadakan di PEDi Padang Kubu pada 22 Julai 2022 bersamaan hari Jumaat tepat jam 10.00 pagi sehingga 5.00 petang. Program ini dianjurkan oleh PEDi Kluster Kemaman. Dihadiri oleh petugas-petugas, usahawan setempat dan komuniti setempat. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengambil gambar dengan menggunakan smart phone. Teknik yang digunakan dalam kelas asas fotografi ini adalah flatlay...baca selanjutnya

PROGRAM KESEDARAN KITAR SEMULA E-SISA

Aktiviti Terkini | 4 Jun 2022

Program ini diadakan di PEDi Felda Kerteh 5 pada 4 Jun 2022 bersamaan hari Sabtu tepat jam 9.00 pagi sehingga 3.00 petang. Program ini dianjurkan oleh PEDi Kluster Kemaman dan kerjasama daripada Majlis Perbandaran Kemaman dan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kemasek. Dihadiri oleh petugas-petugas PEDi Kluster Kemaman dan Komuniti Ketengah Jaya. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam akan tanggungjawab terhadap kepentingan dalam pengendalian e-sisa dari isi rumah serta memastikan e-sisa yang dikumpul dan dikitar semula dengan lebih sistematik dan selamat....baca selanjutnya

RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI ANJURAN KLUSTER KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 22 Mei 2022

Program ini diadakan di PEDi Bukit Kuang pada 22 Mei 2022 bersamaan hari sabtu tepat jam 11.30 pagi sehingga 3.30 petang. Dihadiri oleh wakil staff PEDi kluster kemaman, ahli keluarga staff, Pustaka Kemaman, Panel Penasihat JPKK Bukit Kuang, Ikon usahawan PEDi Bukit Kuang. Program ini juga dianjurkan oleh PEDi kluster Kemaman....baca selanjutnya

PROGRAM SEMARAK RAMADHAN 1443H / 2022M KLUSTER KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 16 April

Menghayati fadhilat bulan ramadhan yang mulia...baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE:BUAL BICARA KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 18 Mac 2022

Facebook Live: Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg.Gong Chegal...baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE: BULI

Aktiviti Terkini | 13 Mac 2022

Pengisian ini diadakan melalui platform Facebook Page Felda Kerteh 5. Live ini diadakan di Facebook Page PEDi Felda Kerteh 5. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian tentang Buli kepada pengikut – pengikut Page PEDi Pasir Gajah & PEDi Felda Kerteh 5...baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE: CHECK YOUR LABEL & E-WASTE

Aktiviti Terkini | 21 Februari 2022

Pengisian ini diadakan melalui platform Facebook Page Felda Kerteh 5. Live ini diadakan di Facebook Page PEDi Felda Kerteh 5. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian tentang Kempen Check Your Label & Kempen E-Waste kepada pengikut – pengikut Page PEDi Pasir Gajah & PEDi Felda Kerteh 5...baca selanjutnya

KURSUS ASAS FOTOGRAFI BERSAMA USAHAWAN (KLUSTER KEMAMAN)

Aktiviti Terkini | 19 Februari 2022

Memperkenalkan pusat internet dikalangan komuniti setempat...baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE: KESAN PENGAMBILAN GULA BERLEBIHAN

Aktiviti Terkini | 22 Januari 2022

Pengisian ini diadakan melalui platform Facebook Page Felda Kerteh 5. Live ini diadakan di Facebook Page PEDi Felda Kerteh 5. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian tentang kesan pengambilan gula berlebihan kepada pengikut – pengikut Page PEDi Pasir Gajah & PEDi Felda Kerteh 5...baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE:PENGURUSAN RISIKO DALAM TALIAN

Aktiviti Terkini | 22 Januari 2022

Perkongsian secara live ini diadakan melalui platform Facebook Page Pasir gajah. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian tentang Pengurusan Risiko Dalam Talian kepada pengikut – pengikut Page PEDi Pasir Gajah & PEDi Felda Cerul...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti