Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Nama Kampung Geliga di perolehi berikutan cahaya kemilau yang didakwa nelayan terpancar diatas puncak bukit yang berada di hujung kampung. Cahaya itu dipercayai cahaya “batu geliga” yang hanya dapat dilihat oleh nelayan di tengah laut. Kemudian bersempena dengan itu maka lahirlah nama “ Kampung Geliga”.

Mengikut cerita lisan orang-orang tua Kampung Geliga asalnya adalah kawasan hutan pantai yang ditumbuhi pokok rhu, mengkuang , kemunting, gajus dan kelapa. Kampung Geliga adalah sebuah perkampungan nelayan yang terletak di pinggir pantai geliga.

Kampung ini mula diduduki pada awal tahun 60 –an apabila pihak kerajaan mengadakan pembahagian lot kepada sebahagian penduduk kampung Kuala Kemaman.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PENGISIAN ONLINE BR1M 2017

Aktiviti Terkini | 09 Disember 2016

Tujuan program ini di adakan adalah untuk memberi kemudahan kepada penduduk kampung terutama golongan orang tua untuk mengisi permohonan BRIM 2017 secara atas talian memandangkan ada yang kurang memahami serta tidak pernah memohon bantuan secara atas talian. Melalui program ini ia dapat merapatkan lagi hubungan antara penduduk setempat dengan Pusat Internet 1 Malaysia....baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

PERTANDINGAN KOLAJ MENGGUNAKAN KERTAS WARNA

27 November 2016 | Aktiviti Terkini

Pertandingan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan ahli serta bukan ahli PI1M dan mengisi waktu cuti dengan pengisian yang berfaedah. Selain itu, dapat menarik minat kanak-kanak untuk hadir ke PI1M....baca selanjutnya

HARI SUKAN NEGARA 2016

08 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini

Sempena sambutan Hari Sukan Negara 2016, PI1M Pasir Gajah telah menganjurkan aktiviti bersama komuniti kampung dalam usaha memperkenalkan gaya hidup yang sihat serta dapat mengeratkan hubungan antara penduduk kampung dengan petugas Pusat Internet ... baca selanjutnya

Pertandingan : Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

Karnival Tuntung 2016

23-25 September 2016 | Aktiviti Terkini

Karnival Tuntung 2016 telah diadakan di Kg. Pasir Gajah selama tiga hari iaitu bermula 23 hingga 25 September 2016. Aktiviti semasa karnival tersebut, antaranya ialah melepaskan tuntung ke sungai 'survive' dan berharap akan kembali semula ke Sg. Pasir Gajah untuk bertelur bagi memastikan tuntung khazanah warisan negara tidak pupus dan terus terpelihara...baca selanjutnya

Sambutan Kemerdekaan PI1M Pasir Gajah

27 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini

Sambutan Kemerdekaan pada peringkat PI1M Pasir Gajah telah diadakan pada 27 Ogos 2016. Pada sebelah pagi telah diadakan sedikit penerangan mengenai kemerdekaan yang di telah disambut di tanah air kepada ahli PI1M dan juga bukan ahli PI1M. Kemudian diadakan pertandingan mewarna sempena Sambutan Kemerdekaan yang ke-59... baca selanjutnya

Hari Komuniti Pintar Kemaman

22 - 24 Julai 2016 | Aktiviti Terkini

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman (PDTK) menganjurkan acara Hari Komuniti Pintar di Kemaman selama tiga hari bermula dari 22 Julai lalu, bertujuan untuk mempromosikan inisiatif Komuniti Pintar dalam membangunkan dan memanfaatkan ekosistem ICT dalam kalangan komuniti setempat... baca selanjutnya

Pertandingan Mencipta Kad Raya

18 Jun 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Jun 2016 telah berlangsung Pertandingan Mencipta Kad Raya sempena ketibaan hari lebaran tidak lama lagi. Pertandingan tersebut bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. Baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M PASIR GAJAH

14 Mei 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Mei 2016 yang lalu telah berlangsung Hari Terbuka (Open Day) Pusat Internet 1 Malaysia Pasir Gajah. Program yang bermula pada jam 9.00 pagi sehinggan jam 6.00 petang itu, Baca selanjutnya

PERTANDINGAN MENCARI PERKATAAN TERSEMBUNYI

15 April 2016 | Aktiviti Terkini

Pertandingan mencari perkataan tersembunyi telah dijalankan pada 15 April 2016. Pertandingan ini bermula dari pukul 10.00 pagi – 12.00 tengahari dan melibatkan pelajar sekolah rendah. Baca selanjutnya

SOLAT SUNAT GERHANA DAN GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN MASJID

09 Mac 2016 | Aktiviti Terkini

Solat sunat gerhana dan gotong royong membersihkan masjid kerjasama AJK Masjid Kg Pasir Gajah telah diakan pada 9 Mac 2016. Solat sunat gerhana matahari dilaksanakan pada waktu pagi ketika berlakunya gerhana matahari kemudian diikuti dengan sedikit tazkirah mengenai gerhana matahari oleh ustaz yang dijemput. Baca selanjutnya

BENGKEL #MYKOMUNITIKREATIF DAERAH KEMAMAN

27 Februari 2016 | Aktiviti Terkini

BENGKEL #MYKOMUNITIKREATIF DAERAH KEMAMAN telah dijalankan pada 27 Februari 2016 bertempat di PI1M Kg Baru Kemasek, Kemaman. Bengkel ini bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Baca selanjutnya

GOTONG ROYONG MEMBERSIH PI1M DAN KAWASAN SEKITAR KERJASAMA JKKK KG PASIR GAJAH

15 Januari 2016 | Aktiviti Terkini

Program gotong royong ini telah dijalankan pada 21 September 2015. Gotong royong yang di adakan kerjasama dengan pihak J3K Kampung Pasir Gajah bagi membersih kawasan di skeitar PI1M serta kawasan sekitar kampung bagi membasmi nyamuk aedes. Baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti