Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Pasir Gajah ini mendapat nama dari penemuan sekumpulan gajah yang sering bermain di pasir sungai. Melihat kepada situasi itu, maka kampong ini dipanggil Kampung Pasir Gajah iaitu gabungan suatu benda halus dan binatang yang paling besar.

Dari lagenda penduduk setempat, kampung ini mula dibuka pada tahun 1921 oleh seorang yang berturunan Jambi, Sumatera, Indonesia iaitu YM Engku Haji Mahmud bin Engku Abu Bakar bersama pengikut-pengikutnya.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


FACEBOOK LIVE: HIDUP BERSAMA-SAMA VIRUS COVID-19 (TINDAKAN INDIVIDU, IBU BAPA DAN INSTITUSI PENDIDIKAN)

Aktiviti Terkini | 21 Disember 2021

Pengisian ini diadakan melalui platform Facebook Page PEDi Pasir Gajah. Live ini diadakan di Facebook Page PEDi Pasir Gajah. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian tentang Hidup bersama-sama virus Covid-19 kepada pengikut – pengikut Page PEDi Pasir Gajah & PEDi Felda Kerteh 5...baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE: PENDIGITALAN USAHAWAN PELAJAR DENGAN KERJASAMA JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ TUN DR MAHATHIR UITM MACHANG CAWANGAN KELANTAN

Aktiviti Terkini | 4 Disember 2021

Memberi pendedahan kepada pelajar khususnya UiTM Machang Cawangan Kelantan untuk menjana pendapatan sambil belajar menerusi platform atas talian seperti Shopee. Memberi pendedahan tentang bantuan kerajaan untuk usahawan pelajar seperti Geran Khas Prihatin (GKP), Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dan lain-lain...baca selanjutnya

PROGRAM KLUSTER : TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK (KDB) DENGAN KERJASAMA JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ TUN DR MAHATHIR UITM MACHANG CAWANGAN KELANTAN

Aktiviti Terkini | 20 November 2021

Memberi peluang kepada pelajar untuk bersinergi dan meluaskan pengetahuan. Ceramah mengenai pengenlan PEDi dan SIBER BULI di sampaikan oleh Rashidah Binti Manshor (Pengurus PEDi Pasir Gajah). Memperkenalkan PEDi dan media sosial PEDi serta mempromosikan aktiviti yang diadakan oleh PEDi kepada pelajar....baca selanjutnya

FB LIVE : PERKONGSIAN TENTANG KETAGIHAN GAJET DI KALANGAN KANAK-KANAK DIANTARA PUSAT INTERNET KOMUNITI PASIR GAJAH & PUSAT INTERNET KOMUNITI FELDA KERTEH 5

Aktiviti Terkini | 16 November 2021

Pengisian ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Pasir Gajah. Live ini diadakan di Facebook Page Pusat Internet Komuniti Pasir Gajah. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian tentang Ketagihan Gajet di Kalangan Kanak-kanak kepada pengikut – pengikut Page Pusat Internet Komuniti Pasir Gajah & Pusat Internet Komuniti Felda Kerteh 5...baca selanjutnya

PROGRAM KLUSTER : BICARA SANTAI (CABARAN PELAJAR DI MUSIM PANDEMIK)

Aktiviti Terkini | 23 Oktober 2021

Program ini dijalankan secara atas talian menggunakan Facebook Page Menarik Di Kemaman Idaman dan di kongsi oleh 12 PIK Kemaman dan juga pengikut-pengikut Facebook Page. Program bual bicara ini adalah merupakan salah satu program untuk memberi motivasi kepada adik-adik yang terpaksa melalui fasa pembelajaran secara PDPR dan memerlukan semangat daripada orang sekeliling untuk tidak berputus asa dengan suasana pembelajaran sekarang.Program ini memberi galakan kepada pelajar untuk terus bersemangat meneruskan pembelajaran secara pdpr...baca selanjutnya

FB LIVE : PERKONGSIAN TENTANG KEMPEN #TAKNAKSCAM DIANTARA PUSAT INTERNET KOMUNITI PASIR GAJAH & PUSAT INTERNET KOMUNITI FELDA KERTEH 5

Aktiviti Terkini | 5 Oktober 2021

Pengisian ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Pasir Gajah. Live ini diadakan di Facebook Page Pusat Internet Komuniti Pasir Gajah. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian tentang Kempen #TakNakScam kepada pengikut – pengikut Page Pusat Internet Komuniti Pasir Gajah & Pusat Internet Komuniti Felda Kerteh 5...baca selanjutnya

FB LIVE : PERKONGSIAN TENTANG INSOMNIA DIANTARA PUSAT INTERNET KOMUNITI PASIR GAJAH & PUSAT INTERNET KOMUNITI FELDA KERTEH 5

Aktiviti Terkini | 14 September 2021

Pengisian ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Pasir Gajah. Live ini diadakan di Facebook Page Pusat Internet Komuniti Pasir Gajah. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian tentang Insomnia kepada pengikut – pengikut Page Pusat Internet Komuniti Pasir Gajah & Pusat Internet Komuniti Felda Kerteh 5...baca selanjutnya

PROGRAM KLUSTER KEMAMAN SEPTEMBER 2021- PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN@PIK

Aktiviti Terkini | 13 September 2021

Program ini diadakan secara atas talian melalui google meet yang dihadiri seramai 49 orang remaja.Mereka merupakan ahli dan remaja Komuniti dari 12 buah Pusat Internet Komuniti kemaman. Program ini terdiri daripada 3 segmen utama iaitu, Taklimat Aplikasi MyKafeTEEN, Teen Talk – Tanggungjawab Seksualiti, dan Kuiz Interaktif melalui medium Gimkit. Program ini telah dihadiri oleh Encik Muhamad Noh bin Abdullah, Pengarah LPPKN Negeri Terengganu, dalam menyampaikan ucapan pesanan penutup program hari ini. Penghargaan turut diberikan atas kolaborasi yang baik melibatkan LPPKN, SKMM dan Pusat Internet Komuniti di Negeri Terengganu...baca selanjutnya

FB LIVE :SOALAN LAZIM (FAQ) MENGENAI VAKSINASI & PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN

Aktiviti Terkini | 7 September 2021

Perkongsian ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Pasir Gajah . Live ini diadakan di Facebook Page Pusat Internet Komuniti Pasir Gajah bersama-sama dengan Pusat Internet Komuniti Kg Gong Chegal. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut – pengikut Page Pusat Internet Komuniti Pasir Gajah dan page Pusat Internet Kg Komuniti Gong Chegal Soalan Lazim (FAQ) yg selalu di tanya mengenai vaksinasi & Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan...baca selanjutnya

FB LIVE :PANDUAN MENANGANI STRES>

Aktiviti Terkini | 24 Ogos 2021

Perkongsian ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Pasir Gajah . Live ini diadakan di Facebook Page Pusat Internet Komuniti Pasir Gajah bersama-sama dengan Pusat Internet Komuniti Kg Gong Chegal. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut – pengikut Page Pusat Internet Komuniti Pasir Gajah dan page Pusat Internet Kg Komuniti Gong Chegal panduan secara berperingkat untuk mengawal stres....baca selanjutnya

FB LIVE : CARA-CARA MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK DALAM KALANGAN GENERASI MUDA DIANTARA PIK KG.BARU KEMASIK , PIK BUKIT DIMAN, PIK BUKIT KUANG, PIK FELDA CERUL DAN PIK PASIR GAJAH

Aktiviti Terkini | 15 Ogos 2021

Pengisian ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kg Baru Kemasik. Live ini diadakan di Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kg Baru Kemasik. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian tentang semangat patriotisme kepada pengikut – pengikut Page Pusat Internet Komuniti Kg Baru Kemasik, Pusat Internet Komuniti Bukit Diman , Pusat Internet Komuniti Bukit Kuang, Pusat Internet Komuniti Felda Cerul dan Pusat Internet Komuniti Pasir Gajah....baca selanjutnya

FB LIVE :𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐒𝐇𝐎𝐏𝐄𝐄 𝐗 𝐏𝐈𝐊 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐌𝐀𝐍 (𝐓𝐎𝐏𝐈𝐊 𝟏 : 𝐒𝐇𝐎𝐏𝐄𝐄 𝐒𝐄𝐋𝐋𝐄𝐑 𝐂𝐄𝐍𝐓𝐑𝐄)

Aktiviti Terkini | 7 Ogos 2021

Program ini dijalankan secara atas talian menggunakan Facebook Page Menarik Di Kemaman Idaman dan di kongsi oleh 12 PIK Kemaman dan juga pengikut-pengikut Facebook Page. Bengkel ini dijalankan setiap minggu jam 10.00 pagi selama satu jam pada setiap hari Sabtu yang di sampaikan oleh 3 PIK Kemaman pada setiap minggu. Program ini memberi galakan kepada penonton untuk sertai Program PUPUK@Shopee dengan mendaftar di salah satu PIK Kemaman untuk diberi tunjuk ajar dengan llebih mendalam....baca selanjutnya

FB LIVE : DIY BOUQUET CHOCOLATE KERJASAMA ANTARA PIK PASIR GAJAH, PIK KG GELIGA & PIK PADANG KUBU

Aktiviti Terkini | 23 Julai 2021

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menunjukkan bahan-bahan beserta langkah-langkah mudah dalam penyediaan sesebuah Chocolate Bouquet...baca selanjutnya

FB LIVE : PENGURUSAN RISIKO DALAM TALIAN ANTARA PIK PASIR GAJAH, PIK KG GELIGA, PIK BINJAI & PIK GONG CHENGAL

Aktiviti Terkini | 5 Julai 2021

Menerangkan kepada pengguna terhadap risiko penggunaan atas talian...baca selanjutnya

FB LIVE : TUTORIAL EDITING MENGGUNAKAN FILMORA

Aktiviti Terkini | 19 Jun 2021

Memperkenalkan aplikasi filmora serta memberi pendedahan bagaimana menggunakan aplikasi video filmora untuk menghasilkan satu-satu video yang mudah...baca selanjutnya

FB LIVE : BUAL BICARA KLIK DENGAN BIJAK KERJASAMA PIK PADANG KUBU, PIK KG WA, PIK KG GELIGA, PIK FELDA CERUL DAN PIK PASIR GAJAH

Aktiviti Terkini | 5 Jun 2021

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet....baca selanjutnya

DIY SAMPUL DUIT RAYA

Aktiviti Terkini | 7 Mei 2021

Tujuan program ini diadakan bagi menyemarakkan lagi suasana Hari Raya yang bakal tiba....baca selanjutnya

FB LIVE : PROGRAM IHYA RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 23 April 2021

Tujuan program ini di adakan adalah untuk menghayati bulan Ramadhan yang bakal tiba dan juga penghayatan Peristiwa Nuzul Quran...baca selanjutnya

FB LIVE : SCRATCH-MUDAHNYA BINA PERMAINAN KOMPUTER MENGGUNAKAN PENGATURCARAAN VISUAL

Aktiviti Terkini | 28 Mac 2021

Memperkenalkan perisian Scratch yang digunakan untuk membina permainan komputer kepada viewers....baca selanjutnya

FB LIVE : PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL DAN EMOSI DI MUSIM PKP

Aktiviti Terkini | 28 Februari 2021

Program Penjagaan Kesihatan Mental & Emosi di Musim PKP ini adalah program perkongsian Bersama Encik Faizal mengenai penjagaan kesihatan mental dan emosi sepanjang musim pkp dan pandemic COVID-19 ini....baca selanjutnya

FB LIVE : KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 16 Januari 2021

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti