Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Pasir Gajah ini mendapat nama dari penemuan sekumpulan gajah yang sering bermain di pasir sungai. Melihat kepada situasi itu, maka kampong ini dipanggil Kampung Pasir Gajah iaitu gabungan suatu benda halus dan binatang yang paling besar.

Dari lagenda penduduk setempat, kampung ini mula dibuka pada tahun 1921 oleh seorang yang berturunan Jambi, Sumatera, Indonesia iaitu YM Engku Haji Mahmud bin Engku Abu Bakar bersama pengikut-pengikutnya.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


HARI BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 16 Disember 2018

Hari Bersama Komuniti cukup penting kerana bagi memperkenalkan dan mempromosikan perkhidmatan pusat internet kepada komuniti setempat dengan mendekatkan diri dengan masyarakat. Antara aktiviti yang diadakan adalah permainan atas talian, Klik Dengan Bijak, program usahawan dan pertandingan masakan....baca selanjutnya

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT - PENYELENGGARAAN KOMPUTER

Aktiviti Terkini | 07 - 08 Disember 2018

Program “Penyelenggaraan Komputer” kerjasama di antara Jabatan ICT, FKMPT dan MPKK Bukit Kuang serta Pusat Internet Bukit Kuang. Program ini melibatkan pensyarah dan pelajar daripada jabatan ICT, FKMPT serta komuniti Kg. Bukit Kuang. Selain itu, program ini dijalankan untuk memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan kemahiran penyelenggaraan komputer dalam situasi yang sebenar di samping membantu komuniti kampung khususnya dan penduduk di sekitar Kemaman amnya. Program ini juga dapat memperkenalkan dan mempromosikan Kolej Universiti TATI (TATIUC) kepada masyarakat luar khususnya sekitar Kemaman, Terengganu....baca selanjutnya

KURSUS PEMBUATAN ROTI DAN PASTRI

Aktiviti Terkini | 17 November 2018

Program ini merupakan satu inisiatif yang diambil oleh Kluster Daerah Kemaman berdasarkan permintaan yang tinggi dalam kalangan komuniti di Kampung Bukit Kuang berdasarkan hasil kaji selidik yang telah dijalankan bersama ketua wanita. Kursus ini ditawarkan dengan tujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang pembuatan roti dan pastri kepada golongan yang berminat, terutama kepada golongan wanita di sini yang minat untuk mendalami ilmu rumahtangga. Ia juga diharapkan agar dapat menjadi sumber pendapatan sampingan kepada golongan wanita....baca selanjutnya

BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

HARI SUKAN NEGARA (SUKAN RAKYAT)

Aktiviti Terkini | 19 Oktober 2018

Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dalam diri masyarakat dan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara penduduk kampung tidak mengira kaum dan peringkat umur....baca selanjutnya

MAJLIS PELEPASAN TUNTUNG

Aktiviti Terkini | 06 Oktober 2018

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat hari ini tentang pentingnya haiwan yang semakin pupus ini supaya ia terpelihara....baca selanjutnya

PROGRAM JALINAN KASIH HARI WARGA EMAS

Aktiviti Terkini | 30 September 2018

Program ini diadakan bersempena dengan Hari Warga Emas pada 1 Oktober 2018. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu golongan yang memerlukan disamping memperingati mereka yang memerlukan....baca selanjutnya

GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN PI PASIR GAJAH

Aktiviti Terkini | 01 September2018

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membersihkan PI dan kawasan sekitar agar sentiasa bersih. Selain itu, dapat memupuk sifat menjaga kebersihan apabila berada di dalam PI....baca selanjutnya

KEMPEN KIBARKAN JALUR GEMILANG 2018 “SAYANGI MALAYSIAKU”

Aktiviti Terkini | 17 Ogos 2018

Kempen Kibarkan Jalur Gemilang “Sayangi Malaysiaku” anjuran Pusat Internet Kluster Kemaman. Sebagaimana yang kita semua maklum, bulan lapan sinonim dengan bulan kemerdekaan. Sehubungan dengan itu, kakitangan Pusat Internet Daerah Kemaman telah mengadakan kempen kibarkan jalur gemilang bersama komuniti di Kampung Pasir Gajah. Kempen sambutan Hari Kemerdekaan cukup penting kerana bagi memperingati keringat para pejuang kemerdekaan terdahulu dalam usaha membebaskan Malaysia daripada cengkaman penjajah. Aktiviti utama program ini adalah mewarna bendera sepanjang lima meter dan logo ‘Sayangi Malaysiaku” dan bendera ini telah digantung & dikibarkan di Kampung Pasir Gajah....baca selanjutnya

LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI BALAI BOMBA & PENYELAMAT BANDAR CHENEH BHARU, KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 12 Ogos 2018

Program ini diadakan adalah untuk melatih para petugas Pusat Internet bagaimana mengendalikan pemadam api dengan betul dan memadam api dengan cara yang betul. Ia juga mengajar menggunakan pemadam api yang sesuai sekiranya berlaku kebakaran di Pusat Internet atau di rumah. Program ini juga memberi pengetahuan dan langkah-langkah keselamatan dan pencengahan sekiranya berlaku kebakaran...baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI RAYA PUSAT INTERNET PASIR GAJAH

Aktiviti Terkini | 07 Julai 2018

Tujuan program sambutan Hari Raya ini di adakan adalah bagi merapatkan silaturrahim diantara staff pi1m dengan penduduk sekitar disamping itu, dapat memperkenalkan lagi kemudahan yang disediakan di pi1m kepada mereka....baca selanjutnya

PROGRAM SUMBANGAN KEPADA RUMAH ANAK YATIM AL-HIJRAH

Aktiviti Terkini | 03 Jun 2018

Program ini dapat mengeratkan lagi hubungan Kluster Kemaman dengan badan-badan kebajikan. Menyemarakkan lagi bulan mulia ini dengan sedikit sumbangan kepada adik-adik di Rumah Anak Yatim Al-Hijrah....baca selanjutnya

PERTANDINGAN BILAL CILIK

Aktiviti Terkini | 01 Jun 2018

Pertandingan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan ahli serta bukan ahli PI1M. Menyemarakkan lagi bulan mulia ini dengan aktiviti-aktiviti keharmonian seperti pertandingan bilal cilik ini. Selain itu, dapat menarik minat kanak-kanak untuk hadir ke PI1M....baca selanjutnya

Pertandingan Mewarna Sempena Hari Guru

Aktiviti Terkini | 06 Mei 2018

Pertandingan ini untuk mengeratkan lagi hubungan ahli serta bukan ahli PI1M dan menyemarakkan sambutan hari guru. Selain itu, dapat menarik minat kanak-kanak untuk hadir ke PI1M....baca selanjutnya

PROGRAM KLUSTER : HARI BERSAMA KOMUNITI DAN 4U2C BERSAMA PELAJAR AUTISME

Aktiviti Terkini | 25 April 2018

Hari besama komuniti bertujuan untuk mengeratkan hubungan dengan komuniti setempat dan 4U2C bersama pelajar Autisme adalah satu program cergas dan cerdas yang dirancang oleh Unit Pendidikan Khas dan Swasta Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman, Terengganu untuk semua murid-murid pendidikan khas sekolah rendah dan menengah serta murid pemulihan di daerah tersebut. Tujuan program ini adalah untuk menjalinkan hubungan yang erat sesama warga pendidikan khas....baca selanjutnya

MAJLIS PELANCARAN BAKA LEMBU KEDAH-KELANTAN ELIT & LEMBAH PEDAGING KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 14 April 2018

Tujuan program ini adalah untuk memperkenalkan baka baharu lembu Kedah-Kelantan (KK) Elit hasil penambahbaikkan dari baka lama oleh Stesen Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)...baca selanjutnya

BENGKEL NEO RESUME

Aktiviti Terkini | 13 April 2018

Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang cara membuat CV/Resume yang berkesan untuk memohon pekerjaan ini perlu bagi menyakinkan pihak majikan ataupun pihak penemuduga samaada untuk memohon kerja/ biasiswa untuk memberi gambaran pertama anda bagi menonjolkan kelebihan anda....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI 4U2C PENDIDIKAN KHAS KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 28 Mac 2018

Program Advokasi Klik Dengan Bijak telah diadakan bersama pelajar autisme. 4U2C adalah satu program cergas dan cerdas yang dirancang oleh Unit Pendidikan Khas dan Swasta Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman, Terengganu untuk semua murid-murid pendidikan khas sekolah rendah dan menengah serta murid pemulihan di daerah tersebut....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK CHERUL

Aktiviti Terkini | 27 Mac 2018

Program Advokasi Klik Dengan Bijak & E Waste telah diadakan bersama pelajar SMK Cherul anjuran Kluster Kemaman pada 27 Mac 2018....baca selanjutnya

MINI EXPLORACE PROGRAM INTENSIF CUTI SEKOLAH

Aktiviti Terkini | 25 Mac 2018

Program ini bertujuan sempena berakhir cuti sekolah penggal pertama dan mengisi masa lapang peserta-perserta. Peserta Mini Explorace seramai 15 orang dan diagihkan kepada 5 kumpulan. Mini explorace mempunyai 5 checkpoint yang memerlukan setiap kumpulan untuk menyiapkan setia tugasan yang diberikan din detiap checkpoint. ...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI & DASHBOARD KOMUNITI BERSAMA IKBN KEMASIK

Aktiviti Terkini | 08 Februari 2018

Program Advokasi & Dashboard Komuniti telah diadakan di Dewan Sri Suria, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik yang dianjurkan oleh Kluster Kemaman...baca selanjutnya

PROGRAM JOM BACA BUKU DAN CELIK IT

Aktiviti Terkini | 06 Februari 2018

Program Jom Baca Buku & Celik IT telah diadakan di INSPI Kemaman anjuran Majlis Perwakilan Pelajar INSPI (MPPI).Program ini turut dihadiri oleh Pustaka Awam Daerah Kemaman, Mohd Copier Serv & Trading Sdn Bhd (MCSB), Aman Palestin...baca selanjutnya

MISI BANTUAN BANJIR SERTA PENYERAHAN BANTUAN BANJIR 2018

Aktiviti Terkini | 07 - 31 Januari 2018

Program ini dijalankan bagi membantu mangsa banjir dan memperkenalkan perkhidmatan serta aktiviti yang dijalankan oleh pihak PI1M secara umumnya kepada komuniti dan menjalinkan hubungan baik dengan penduduk setempat....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti