Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Pasir Gajah ini mendapat nama dari penemuan sekumpulan gajah yang sering bermain di pasir sungai. Melihat kepada situasi itu, maka kampong ini dipanggil Kampung Pasir Gajah iaitu gabungan suatu benda halus dan binatang yang paling besar.

Dari lagenda penduduk setempat, kampung ini mula dibuka pada tahun 1921 oleh seorang yang berturunan Jambi, Sumatera, Indonesia iaitu YM Engku Haji Mahmud bin Engku Abu Bakar bersama pengikut-pengikutnya.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


BENGKEL 3D SKETCHUP

Aktiviti Terkini | 21 Disember 2019

Latihan ini mewujudkan masyarakat yang celik IT dan mahir dalam pengendalian komputer untuk urusan harian dan memacu peluang kearah menjadi usahawan...baca selanjutnya

PUSAT INTERNET SCHOOL BREAK ATTACK

Aktiviti Terkini | 15 Disember 2019

Program pada kali ini merupakan program usahasama bersama unit Perpustakan Awam Daerah Kemaman (PADK). Pada edisi cuti sekolah kali ini, Pusat Internet bergabung di bawah kluster bagi menjayakan aktiviti Klik Dengan Bijak bersama pengunjung PADK....baca selanjutnya

PROGRAM JOM BAIKI KOMPUTER & MOBILE E-WASTE

Aktiviti Terkini | 30 November 2019

Pusat Internet Kluster Kemaman telah mengadakan Program Jom Baiki Komputer dan Mobile E-Waste yang diadakan pada 30hb November 2019 bertempat di Pusat Internet Kg Gong Chengal. Program yang berlangsung selama sehari tersebut bakal juga menjadi medium bagi Pusat Internet mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai keselamatan serta penggunaan internet yang positif selain berwaspada dengan jenayah siber....baca selanjutnya

SUKAN RAKYAT SEMPENA BULAN SUKAN NEGARA

Aktiviti Terkini | 26 Oktober 2019

Program sukan rakyat ini diadakan bagi memastikan ianya sentiasa diingati serta masyarakat khususnya generasi muda perlu tahu mengenai sukan rakyat supaya ia tidak hilang ditelan zaman. Selain itu juga, program Sukan Rakyat ini sangat penting dijalankan oleh kerana ianya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara penduduk kampung tidak mengira peringkat umur. Sekaligus, bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dalam diri masyarakat...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK BANDAR BAHARU BUKIT MENTOK

Aktiviti Terkini | 09 Oktober 2019

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet), mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain dan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet....baca selanjutnya

HARI BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 07 Oktober 2019

Hari Bersama Komuniti sangat penting bagi memperkenalkan dan mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di pusat internet kepada komuniti setempat dengan mendekatkan diri dengan masyarakat....baca selanjutnya

KARNIVAL KEMASIK SEJAHTERA

Aktiviti Terkini | 06 - 07 September 2019

Tujuan diadakan pembukaan booth ini adalah untuk mempromosikan perkhidmatan-perkhidmatan & produk-produk Digi Telecommunication Sdn Bhd selaku Digi Ambassadors kepada komuniti. Selain itu mengetengahkan kandungan advokasi Klik Dengan Bijak sebagai aktiviti advokasi sepanjang program tersebut.. Selain itu penjualan Sim Digi Prepaid Live juga akan dipamerkan bagi tujuan jualan sepanjang karnival tersebut dan juga hebahan mengenai pertukaran siaran Tv digital kepada pengujung yang hadir sepanjang Karnival berlangsung....baca selanjutnya

OH…MALAYSIAKU, ABAM BOMBA

Aktiviti Terkini | 28 Ogos 2019

Program dimulakan dengan ketibaan pelatih, pelajar dan para jemputan ke program Oh Malaysiaku..Abam Bomba bertempat di PPDK Felda Cerul dengan dimulai dengan perarakan kemerdekaan. Seterusnya ucapan perasmian oleh Puan Dasia binti Dollah, Pengerusi PPDK Felda Cerul merangkap Pengerusi GPW Felda Cerul, merangkap Pengerusi Gabungan GPW Felda Wilayah Terengganu. Program diteruskan dengan taklimat kelengkapan peralatan memadam kebakaran serta demonstrasi memadam kebakaran oleh pihak bomba, nyanyian lagi Negaraku, lagu Patriotik serta laungan merdeka. Seterusnya diteruskan dengan lagi aktivit permainan dan sukaneka serta penyampaian hadiah kepada para pemenang....baca selanjutnya

BENGKEL KEUSAHAWANAN - KELAS SHOPEE

Aktiviti Terkini | 20 Julai 2019

Program ini dianjurkan oleh Pusat Internet Bukit Kuang yang disertai oleh belia dan beliawanis, ibu tunggal, suri rumah dan peniaga online...baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA KLUSTER KEMAMAN & PROGRAM MY HEALTH

Aktiviti Terkini | 23 Jun 2019

Program ini bertujuan untuk memberi taklimat mengenai program kesihatan My Health dan pemeriksaan percuma kepada pengunjung Selain itu, dapat mengeratkan lagi hubungan kakitangan Pusat Internet Daerah Kemaman disamping dapat beramah mesra dengan penduduk sekitar sempena jamuan hari raya....baca selanjutnya

KELAS MAKE UP RAYA PERCUMA

Aktiviti Terkini | 31 Mei 2019

Program ini adalah untuk menjadikan wanita berketerampilan lebih menarik seterusnya meningkatkan tahap keyakinan kaum wanita. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk melatih peserta untuk mula berniaga dan berkeyakinan untuk menceburi bidang perniagaan....baca selanjutnya

PROGRAM SEMARAK RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 26 Mei 2019

Tujuan program ini diadakan adalah semperna majlis bacaan yassin dan memberi sumbangan sempena bulan ramadhan. Program ini juga merupakan satu tanggungjawab sosial korporat pusat internet yang terlibat terhadap komuniti setempat....baca selanjutnya

MAJLIS TADARUS & KHATAM AL-QURAN

Aktiviti Terkini | 25 Mei 2019

Tujuan program ini diadakan bagi mengimarakkan bulan Ramadhan yang perlu dihayati dan dipenuhi dengan pelbagai amalan yang wajib dan sunat agar beroleh keberkatan, kerahmatan dan keampunan yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T....baca selanjutnya

PROGRAM SAMBUTAN HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA

Aktiviti Terkini | 23 April 2019

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mendidik dan meningkatkan minat membaca dikalangan pelajar sekolah dan komuniti yang terlibat mengenai Sambutan Hari Buku Sedunia dan Hak Cipta. Ianya adalah resolusi daripada persidangan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 15 Nov 1995 yang mengisytiharkan 23 April sebagai Hari Buku. Program ini dapat memberi manfaat dan pendedahan kepada para pelajar kerana pelbagai aktiviti diatur untuk memupuk tabiat suka membaca di kalangan masayarakat.....baca selanjutnya

PROGRAM KESEDARAN & SARINGAN KESIHATAN KOMUNITI DESA>

Aktiviti Terkini | 12 April 2019

Program ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran tentang pelbagai jenis penyakit yang merbahaya serta memberi pengetahuan berkenaan penjagaan kesihatan. Selain itu juga, program ini amat penting dalam memberi peluang dan ruang Agensi Kerajaan, Swasta dan NGO dalam memberi perkhidmatan, sumbangan serta melaksanakan aktiviti CSR (Corporate Social Responsibility) secara langsung kepada komuniti khususnya. Sekaligus, dapat memastikan komuniti setempat peka terhadap isu-isu kesihatan dan menjaga kesihatan masing-masing dengan cara yang betul......baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK AYER PUTIH

Aktiviti Terkini | 10 April 2019

Program Advokasi diadakan bersama pelajar SMK Ayer Putih berkenaan keselamatan, etika berinternet, Mobile Ewaste & Check Your Label....baca selanjutnya

BENGKEL PHOTOSHOP

Aktiviti Terkini | 31 Mac - 02 April 2019

Kursus Asas Grafik adalah anjuran Pusat Internet Kluster Kemaman dengan kerjasama PKEM Kemas Daerah Kemaman. Bengkel ini dengan menggunakan medium perisian Adobe Photoshop....baca selanjutnya

PROGRAM EXPLORACE KDB

Aktiviti Terkini | 30 Mac 2019

Program ini untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan mengenai penggunaan internet yang berhemah disamping dapat memupuk semangat berpasukan dalm sesuatu kumpulan....baca selanjutnya

GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN PI PASIR GAJAH

Aktiviti Terkini | 23 Mac 2019

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membersihkan PI dan kawasan sekitar agar sentiasa bersih. Selain itu, dapat memupuk sifat menjaga kebersihan apabila berada di dalam PI.....baca selanjutnya

Kelas Usahawan (Cheese Tart & Fruit Tart)

Aktiviti Terkini | 09 Februari 2019

Kursus ini ditawarkan dengan tujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang pembuatan aneka tat kepada golongan yang berminat, terutama kepada golongan wanita yang minat untuk mendalami ilmu rumahtangga...baca selanjutnya

Bacaan Yaasin Bersama Komuniti

Aktiviti Terkini | 20 Januari 2019

Tujuan program ini dijalankan bagi permulaan program Kluster Kemaman bagi bulan Januari dimulakan dengan bacaan Yaasin bersama kaum wanita di kawasan PI Felda Cherul disamping dapat mengeratkan hubungan dan memperkenalkan aktiviti yang terdapat di Pusat Internet seluruh daerah Kemaman....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti